Physiotherapist in the making..
Assalamualaikum dan salam sejahtera...akhirnya saya kembali semula.. setelah sekian lama menghilangkan diri. Jangan keliru ya.. tajuk kali ini tidak berkaitan langsung dengan pengambaran filem atau drama. Kali ini saya nak berikan sedikit informasi kepada adik-adik dan akak-akak serta abang-abang yang berminat untuk menyambung study dalam bidang sains kesihatan. Tapi... pakcik dan makcik yang anak-anak masih keliru
nak sambung study apa.. boleh la ushar-ushar sikit.. Hahaha.. okay saya melawak..jangan ambik hati
Saya sekarang ini ialah pelajar ijazah sarjana muda fisioterapi di Uitm Puncak Alam... untuk pengetahuan anda semua...kalau nak sambung fisioterapi... anda akan bertapak di Uitm Puncak Alam ini atau nama glamor sikit Uitm Palam. Nak sambung study dalam fisioterapi ni.. tempoh pelajaran tak la lama sangat.. diploma 3 tahun( biasa je) dan ijazah 4 tahun (hehe..tak lama kan). Saya pelajar semester pertama untuk program ijazah..
Okay.. Fisioterapi merupakan satu daripada lapan kos yang ada di Uitm Palam ni dibawah fakulti Sains kesihatan... kos-kos lain yang ada disini ialah pengimejan perubatan, teknologi makmal perubatan, dietitik, pemulihan cara kerja, kejururawatan,optometrik,dan kesihatan alam sekitar.
Di Malaysia sekarang, Pakar Fisioterapi sangat-sangat diperlukan kerana tenaga profesional masih kurang. Tapi..skop kerja sangat memenatkan sikit kerana fisioterapi perlu melakukan exercise dan mengendalikan pesakit yang tidak kira umur,bangsa dan saiz badan. Tetapi, korang jangan risau... kalau korang tak mampu untuk handle pesakit tersebut seperti mengangkat pesakit.. korang boleh dapatkan pertolongan. jangan handle pesakit seorang diri kalau korang tak mampu. Kalau korang teruskan juga.. kemungkinan besar korang akan tercedera seperti dapat sakit belakang.
Kalau korang berminat untuk sambung pelajaran dalam bidang fisioterapi, selalunya UKM, UiTM dan Mahsa College merupakan universiti yang top di Malaysia dalam bidang fisioterapi. Uitm juga telah mendapat pengiktirafan daripada World Confederation for Physical Theraphy (http://www.wcpt.org/congress) dan New Zealand Physiotheraphy berkat usaha daripada pensyarah-pensyarah fisioterapi. Dengan pengiktirafan di atas, graduan-graduan fisioterapi layak untuk berkerj di luar negara sebagai fisioterapi. Jadi jangan risau tentang peluang kerja.. dan jangan kecilkan skop peluang kerja korang.. tak semestinya bila korang graduate dalam bidang ini korang akan kerja di hospital je.. korang boleh buat bisnes juga.. yang pentingnya belajar bukan untuk lulus tapi untuk mendapatkan skill tersebut. Kalau skill korang bagus, korang akan mudah dapat pelanggan. yang penting belajar sebaik mungkin. Sudah ramai yang berjaya under bidang fisioterapi ni.. don't worry yourself too much okay.. relax and have fun..enjoy your life..xoxo -moon

No comments:
Post a Comment