Thursday, December 31, 2015

 Sedikit perkongsian ilmu... apa yang saya telah pelajari di dalam kelas. Mungkin ini boleh membantu kalian semua....

SATU
SA- sedia awal
T   - tanya
U   - ulangkaji

1. Baca bismillahillazi la yaduru ma'as bihi syaiun fil ardih wala fissamaih wahuwassami ul alim, 7 kali sblm kluar rumah.

2. Solat sunat sebelum dua rakkat lebih baik dri hrta dunia.

3.  Antara perkara yg mngugurkan dosa:
- wuduk
- prjlnn ke masjid
- mungu diantara dua wktu solat
- mnghadiri mjlis ilmu

4. Baca al- mulk akn bebaskn dri dri azab kubur.

tips dpat 4.0
- dktkn diri dgn Allah.
   ( solat berjemaah)
- qiamullail
- menukar kesusahan kpd peluang
-  jauhi maksiat
-niatyg betul belajar untuk mncri keredhaan Allah.
- menghormati pensyarah ( untuk pensyarah non- muslim x perlu cium tgan.
- jaga hubungan dengan kawan
- buat persiapn awal
- jgn sombong
- buat soalan yg pensyarah x suruh lg.
- bgn awal wktu study week
- buat nota ringkas.
- jgn tangguh kerja
- fokus dlm kuliah ( jgn main handphone)
- belajar secara berkumpulan

Moonlight 97 :-)

Tuesday, November 24, 2015

What are the best careers for me?

Career Interest Survey

young man with laptop computer
You are more likely to look forward to going to work each day when your career matches your skills and personal interests. And that can open doors to even more opportunities.
This career assessment tool takes 10 to 15 minutes to complete. It will help determine your skills and interests and then suggest one or more career fields that matches them.

Here are Your Results

Below are the top careers that are the best fit for you, based on your survey answers.
Next 

Education and Training

Be part of the essential elements that help people learn. Jobs include: Counselor, child care director, teacher, principal.

Arts, A/V Technology and Communications

Design, produce, perform, exhibit, write and publish your creative work. This field covers visual and performing arts and design, journalism and the entertainment world. Jobs include: Videographer, Web designer, writer and fashion designer.

Health Science

Join the health care industry and its vast opportunities including health services, diagnostics, biotechnology research, therapy and support services. Jobs include: Lab technician, biochemist, nutritionist, epidemiologist, paramedic, nurse and doctor.

What if I choose psychology course or physiotherapy course or pharmacy course is it ok?checkoutacollege.com/ExploreCareers/InterestSurvey.aspx

Monday, November 23, 2015

My first Malay novel...

Mr sensitive vs Miss blur

 Prolog
Perjalanan yang mengambil masa dua jam dari Alor Setar, Kedah sungguh memenatkan. Aku pada waktu ini berada di negeri bermulanya penjajahan British pada masa dulu. Angin laut menerpa ke mukaku menyebabkan diriku dapat merasai air masin di muka. Dari Jeti Butterworth untuk tiba di Jeti Pulau Pinang hanya mengambil masa 15 minit. Setibanya di destinasi aku meneruskan hajat aku mengunjungi negeri ini. Ha! Apalagi pekena pasemboq Penang la! Makanan yang ada di dunia merupakan satu nikmat yang Allah kurniakan kepada umat manusia. Satu nikmat yang tidak patut manusia sia-siakan. Keadaan premis yang dipenuhi manusia yang pelbagai ragam, membuatkan mataku leka memerhati setiap pelanggan di situ. Terlalu ramai kanak-kanak sedang berlari berkejaran sambil meniupkan buih belon antara satu sama lain. Gelak ketawa dapat didengari membuatkan bibirku tersungging dengan senyuman dan melenyapkan segala masalah yang terbuku dihatiku. Masalah keluarga yang hingga kini tidak pernah selesai. Satu demi satu muncul untuk menduga hatiku.
Selepas makan, aku berjalan di sekitar padang kota dan mengambil udara laut yang mengasyikkan. Sudah menjadi kesukaanku sejak dari kecil untuk menghabiskan masa di tepi pantai kerana bagiku angin laut itu mampu membawa pergi kesengsaraan diriku secara sementara. Angin yang kadang-kadang kencang menerbangkan rambut separas bahuku sehingga menutup mataku. Aku duduk di tembok yang dibina sambil kakiku dibiarkan tergantung di atas air laut yang menghempas tebing tembok. Hujan yang sepoi-sepoi bahasa, menyebakkan hatiku. Aku tidak mampu menahan pekung didada lagi, air mataku mengalir dengan derasnya. Aku tidak mengerti mengapa Allah menduga aku dengan masalah yang berat pada usia yang bakal mencecah 18 tahun. Air mataku tidak dapat diseka kerana ia tetap mahu mengalir keluar apabila diseka. Aku sedih! Aku kecewa dengan keluargaku! Aku menangis semahu-mahunya.
Dalam asyik melayan perasaan sedihku ini, mataku dapat menangkap kelibat seseorang sedang mengambil tempat disebelahku. Kepalaku menoleh dan dengan jelasnya, mataku terkaku. Seorang lelaki yang berusia awal 20-an meninitiskan air mata tanpa segan silunya dihadapanku waktu ini. Dengan hinggus yang meleleh, rambut yang pendek dan sesuai dengan bentuk wajahnya, bibir yang merah bukan kerana gincu menunjukkan dirinya bukanlah perokok membuatkan mataku tidak berkelip. Indahnya ciptaan Allah. Tapi, yucks, tolonglah sapu hinggus tu, pengotor betul!!! Yang peliknya lagi, apa kes lelaki pun menangis ke? Tak silap aku bukankah lelaki tidak mudah menangis sebegini teruk ke? Aksi tenung aku berterusan sehingga tangisan lelaki itu reda.
“ Assalamualaikum. Awak ada masalah ke? Dari tadi saya lihat menangisnya macam tak hengat dunia ja! Nak kata macam putus cinta pun ada juga. Awak putus cinta ke?” Lelaki itu, memalingkan mukanya, untuk menumpukan perhatiannya terhadap soalanku. Apabila memahami soalanku, dia terus menghamburkan tangisan yang sudah reda tadi. Ahh, sudah apa aku nak buat ni? Tu la kau, mulut, takde insurans betul suka hati je cakap macam tu. Kan dah makin melalak lelaki ni. Tangan terus menampar mulut tempayanku ini. Aduh, bagaimana ni, orang semua dah melihat aku dengan pandangan yang pelik. Mana tak peliknya, selalunya perempuan yang menangis lelaki tolong pujuk, ini tak dah macam cerita arahan Allayarham P.Ramlee, Keluarga 69, lelaki menangis perempuan pujuk. Masalah!
“ Awak sudah-sudah la menangis, buat malu jelah. Orang semua lihat kita ni! Err , saya janji saya akan dengar masalah awak tapi tolonglah saya merayu pada awak, berhenti la menangis. Dah kebas muka saya, menahu malu. Tak malu ke orang hensem macam awak menangis macam perempuan! Awak, stop eh? Please!” rayuku kepada lelaki itu dengan suara yang hanya mampu didengari lelaki itu sahaja. Sempat lagi memuji. Beberapa  minit kemudian, lelaki itu berhenti menangis. Tisu didalam poket seluarku dikeluarkan dan dihulurkan kepada lelaki itu. Dia menyambut dan mengelap air mata dan hingus yang meleleh. Tindakannya diperhatikan olehku. Ahh,comel gila lelaki itu. Hidungnya dapat dikesan warna merah lembut kesan tangisannya tadi. Setelah selesai kerja mengeringkan air mata di pipi, lelaki itu menoleh ke arahku.
“ Apa masalah awak sebenarnya ni? Kalau awak tak keberatan boleh la share dengan saya. Manalah tahu kalau awak luahkan masalah kepada saya, saya boleh beri cadangan ke? Mungkin ia juga boleh mengurangkan beban didada awak? Kan sharing is caring. Tapi kalau awak rasa tak selesa, awak tak perlu cakap pun tak ape. Saya sanggup menerima keputusan awak.” Soalku kepada lelaki itu. Matanya memandang tepat kedalam anak mataku, mungkin sedang mencari keikhlasan hatiku ini,melalui mataku. Yelahkan, mana boleh seseorang itu mudah mempercayai seseorang yang baru dikenali dalam hanya beberapa minit sahaja. Jadi aku tak salahkannya kerana itu pilihannya. Tapi masalahnya hatiku pula sedang memainkan gendang rebana. Mana taknya, kali pertama diriku ditenung sebegini lama. Hai cik hati kau jangan main-main.
Setelah beberapa saat mendiamkan diri, lelaki itu mula mengalihkan pandangannya dariku. Aku mula mendengarkan suara garaunya. Suara yang sudah pastinya mampu mengocak naluri hati mudaku yang tidak pernah bercinta. Sabarlah wahai hati! Lelaki itu mula menceritakan kisahnya yang ditinggalkan kekasih ketika dirinya hampir berdepan dengan final exam di universiti dalam bidang perubatan. Aku mendengar dengan penuh khusyuk masalah lelaki itu. Kekasih lelaki itu, tidak patut, meninggalkan lelaki sebaiknya untuk bersama dengan lelaki yang lebih kacak dan berkelakian darinya. Lagipula, exam yang akan dihadapi bukanlah suatu yang mudah kerana bidang perubatan memerlukan penguasaan dan tahap kefahaman yang tinggi. Daripada yang aku dengar, ramai pelajar perubatan mengalami tekanan perasaan. Jadi aku rasa memang tak patut betul perempuan itu buat sebegitu.
“ Sebenarnya, hidup manusia ini tidak pernah lari daripada dugaan. Tapi apa yang saya pasti, Allah tidak akan menduga manusia dengan sesuatu perkara yang manusia tidak mampu untuk dihadapi. Setiap kali Allah menduga manusia, itu menunjukkan Allah menyayangi kita. Mungkin bekas kekasih awak bukanlah jodoh awak yang Allah telah tetapkan sejak di alam rahim ibu lagi. Sudah pastinya, Allah akan mengurniakan kepada awak jodoh yang lebih baik. Yang penting sekarang, awak perlu pandang ke hadapan dan gapai cita-cita awak dulu. Jangan biarkan keluarga awak, sedih dan kecewa melihat keadaan awak. Seperti awak, saya pun mempunyai masalah tersendiri, tapi saya tak pernah cuba untuk memusnahkan hidup saya.  Kata-kata yang saya selalu pegang adalah life must move on and  let bygone be bygone. Nothing can bring me down unless with Allah permission. With the young age that is 17 years old, I have a long journey to be go through. So, I have no time to be sad with my fate.” Nasihatku kepada lelaki itu.
Kami berborak dan berkenalan sehingga ke petang. Daripada perbualan tersebut, aku mengetahui sedikit sebanyak maklumat mengenai lelaki itu yamg bernama Amir Ridhuan. Anak kelahiran negeri Selangor yang menyambung pelajaran di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Perbualan yang rancak antara kami berdua berakhir apabila aku mula menyedari hari sudah hampir senja. Aku meminta diri dan sebelum melangkah pergi aku harap aku akan bertemu dengan lelaki itu lagi. Hatiku sudah mula jatuh suka kepadanya. Adakah ini palsu atau yang sebenarnya?

Bab 1
“Ya, Allah!!! Dah pukul 9.00pagi. Mati aku, dah lewat.” Bergema bilik asrama yang sudah menjadi tempat penginapan aku selama lima semester di Universiti Teknologi Mara yang terletak di Shah Alam. Hampir pekak rakan sebilikku yang merangkap teman karib sejak dari zaman sekolah menengah. Terkejutnya kawanku sehingga terbangun berdiri tanpa menyedari yang katil yang menjadi tempat tidurnya merupakan katil dua tingkat. ‘ BANG’ begitulah bunyi yang dapat di tangkap oleh deria dengarku. Tahu apa yang membuatkan bunyi itu dapat didengari??? Kepalanya yang mungkin sekeras batu terhantuk dengan tiang katilnya.
“ Ouchhhhh, Munirah! Apa yang kau menjerit tiba-tiba ni. Terkejut aku! Kau ingat aku pekak ke apa, sakit telinga aku dengar suara nyaring kau.” Leter Nabila kepadaku. Aku memandang Nabila dengan muka bersalah, sambil menayangkan gigiku yang putih ni. Ceh, perasan! Sengihan aku dibalas dengan jelingan tajam daripada Nabila sambil mulutnya terkumat-kumit menyumpah aku agaknya.
“ Miyanne( maaf). Aku terrrrjerit. Aku dah lambat ni. Wait, did I just said that I’m late? Oh,no! I’m late. Nabila, I’m late. Arghhh!” gelabahku kini kembali.
“ Aku tahu la, kau dah lambat tapi agak-agak la nek terpekik telolong pun. Nanti orang ingat ada orang yang cuba cabul kau pula. Dah tahu lambat, termenung lagi. Pergi la siap cepat. Tak faham aku dengan kau.” Leteran pagi daripada Nabila sudah bermula.
Tanpa berlengah untuk mendengar leteren mak nenek Nabila, baik aku lari. Daripada leteran lama-lama akan bertukar kepada pidato dan akhirnya tazkirah. Itulah kawanku yang aku kenali, memang banyak mulut. Ada saja yang akan keluar dari mulutnya tanpa henti apabila ada sesuatu yang menarik minatnya atau yang menyakitkan hatinya.
Lima minit, aku sudah mula keluar dari bilik. Sudah semestinya tak sempat mandi. Cuci muka dan berus gigi saja, macam gaya mandi P.Ramlee pun ada dalam cerita Seniman Bujang Lapok. Aku berlari dengan sepenuh hatiku untuk tiba di dewan kuliah aku, mengalahkan Usain Bolt,pelari pecut dunia sahaja. Basah lencun belakang baju aku. Mana tak basahnya, korang bukan tak tahu UiTM Shah Alam ini, kawasannya berbukit-bukau, bertanggaa-tangga. Nasib baik aku ni fit la jugak, kalau tak mati sakit jantung kat sini. Tak cukup oksigen. 10 minit merentas tangga dan bukit, akhirnya! Sampai jugak.
“  Wahai dewan kuliah, apasal la kau jauh sangat. Sesak nafas den ahh!”
Dengan tangan lembutku, aku mengetuk pintu dewan. Tanpa menunggu balasan,aku masuk.
“Munirah Zulaikha binti Zulkipli, awak lambat!”
“Opocot,mak kau terbalik!” akibat terkejut daripada sergahan pensyarahku, aku melatah. Dan entah macam mana la , tangan aku yang berotot ni terlepas buku pelajaran yang beratnya berkilo-kilo terjatuh terus ke kaki aku. Sekali lagi jeritan yang maha kuat bergema.
“ Itai.(sakit)!!! Ouch, hancur la tulang kaki aku. Wahai cik buku, kenapa kaki aku jugak kau nak hempap. Sakit tahu!!!”. Bergema dewan mendengar, celoteh spontanku. Ada ke patut, buku yang disalahkan. Geleng kepala jelah.
“ Sudah. Jangan buat lawak komedi spontan dekat sini. Pergi duduk. Kelas dah nak mula. Yang lain berhenti ketawa. Tengok skrin di depan.” Arah Prof.Arif.
Aku berjalan dengan pantas ke tempat dudukku dengan muka tidak ada perasaan, macam tidak ada apa yang berlaku tapi dalam hati dah menyumpah berbakul-bakul. Agaknya tak cukup bakul baju aku ni!
***
“Munirah, asal kau lambat tadi eh? Kau bangun lambat eh. Mesti semalam kau bergayut telefon dengan boyfriend. Ha,betul tak tekaan aku? Aku kan Detective Conan Malaysia.” Banyak pulak mulut kawan sekuliah aku ni. Sibuk betul.
“ Haah, semalam aku bercakap dengan balak aku. Kami bergayut sampai sampai pukul 4 pagi. Dia cakap , dia sayang kat aku. Aku pun sayang dia. Jadi, dia ajak aku kahwin.”
Berkerut-kerut dahi kawanku itu. Hahaha! Padan muka kau, Izzue. Sibuk sangat bertanya, kan dah makan hati. Bukan aku tak tahu dia dah lama sukakan aku. Sejak first semester lagi. Asal aku ada, dia ada. Asal dia ada, aku ada. Rimas aku. Bagi aku, aku tidak mahu bercinta waktu masih belajar. Manalah tahu kalau aku bercinta dengan dia, tiba-tiba break up. Tak ke frust menonggeng aku. Nanti, fail pulak exam aku. Lagipun pengalaman masa lalu semasa aku memujuk seorang lelaki yang  berjurusan perubatan di Pulau Pinang membuatkan aku serik untuk menjadi seperti lelaki itu.
“ Be..be..tul ke kau dah ada boyfriend? Nak ka..kahwin dah ke?.” Tergagap terus kau. Sabar Munirah jangan ketawa lagi, tak cukup lagi kenakan dia lagi ni.
“ Betul la, keluarga kitorang pun dah setuju. Bulan depan tunang.  Lepas tu, dalam bulan Disember terus langsung akad nikah dengan kenduri sekali. Yalah, orang kata benda baik tak elok dilewat-lewatkan. Kalau suka sama suka, kahwin je. Betul tak.?” Aku berdiri dan berjalan keluar dari dewan kuliah menuju ke kafeteria. Izzue turut mengekori aku. Mungkin ingin bertanya lebih lanjut kot. Maybe. Tiba di kafeteria, aku mencari kelibat Nabila. Kami dah bejanji nak lunch bersama. Pusing punya pusing, mata ku dapat menangkap lambaian tangan daripada Nabila terus aku menuju ke arahnya bersama dengan Izzue. Aku melabuhkan punggung di sebelah Nabila manakala Izzue pula duduk berhadapan dengan kami.
“ Wei, Nabila. Betul ke Munirah ni dah ada boyfriend dan nak bertunang dah?. Betul ke?.” Tanya Izzue sejurus duduk didepan kami.
Nabila melihat aku dengan pandangan pelik, aku melihatnya dengan muka seposen. Mulut kami dijuih-juihkan, kalau orang lihat mesti salah faham ni. Kemudian kami terus menghamburkan ketawa dengan sekuat hati. Berair mata aku menahan gelak yang tak mahu berhenti. Asal tengok muka Izzue aku gelak. Nak kata muka Izzue tu macam badut, tak mungkin. Muka dia macam Izzue Islam, pelakon top sekarang ni. Hensem tahap gaban kut.
“ Kau percaya sangat cakap Munirah ni. Dia nak bercinta waktu belajar, memang tak la. Dari mula aku kenal dia, tak pernah aku tengok dia anggap kawan sekelas yang berjantina lelaki jadi pakwe dia. Jangan harap la.”
“ Amboi, bestnya kau kutuk aku. Memang la aku tak pernah anggap kawan sekelas di sekolah sebagai pakwe aku, sebab aku dengan kau kan sekolah menengah yang khas untuk perempuan saja. Mana nak wujud lelakinya, cik kak oi! Cikgu ada la. Sengal la kau.”
“ Haahkan. Lupa pulak aku.” Tersengih-sengih Nabila disitu.
“ Ya ke? Aku ingat betul tadi. Nasib baik.. huh” luah Izzue.
“ Apa yang nasib baiknya? Ha.. entah-entah kau suka Munirah eh? Kalau kau suka dia, baik kau simpan dulu perasaan kau tu, Munirah tak layan nak bercouple-couple waktu masih belajar ni. Dah kerja nanti baru dia layan. Sekarang dia single but not available.” Tukas Nabila panjang lebar, menerangkan keadaan aku. Memang kawan sejati.
Aku pula masih dengan muka tidak ada perasaan. Tak terkesan dengan kata-kata Nabila langsung malah tak terasa bersalah kerana menipu Izzue tadi.
“Izzue… boleh tolong tak?” pintaku dengan suara manja.
“ Errr.. to..tolong apa?” tergagap lagi. Aku patut panggil dia mat gagap jelah.
“ Tolong belikan air boleh tak? Aku air teh ais, Nabila air fresh orange. Please..” orderku dengan dengan suara manja yang dibuat-buat. Tak natural langsung. Nabila disebelah dah hampir nak termuntah.
“ Ohh, nak suruh belikan air. Baiklah hambo disini bersedia menjalankan perintah tuan puteri gunung Everest berdua. Tunggu kejap ehh.” Dia terus bangun ke kaunter air. Aku dan Nabila tersengih-sengih macam kerang busuk disitu. Lawak dengan kerenah aku dan Izzue. Macam-macam la kami berdua ni. Sepuluh minit menunggu aku dan Nabila berbual-bual kosong.
“ Nah, air korang. Tak payah bayar balik, aku belanja. Aku kan kaya. Hehe”  tukas Izzue.
“ Amboi, masuk bakul angkat sendiri nampak. Terima kasih.” Balas Nabila.
“ Izzue kenapa air ni pelik? Rasa dia macam…” kataku setelah menghirup sedikit air teh ais itu. Nabila dan Izzue menoleh kepadaku.
“ Kenapa? Apa yang peliknya? Selalunya okey ja.” Tanya Izzue.
“ Entah kau ni. Kenapa dengan rasa dia?” tukas Nabila pula.
“ Rasa dia, rasa dia macam…..air teh ais.” Jawabku dengan slambernya. Tanpa rasa bersalah.
“ Ya Allah. Kau jangan buat lawak kurang cerdik kat sini boleh tak. Selalu sangat kau buat begini. Sakit hati aku tahu.. hish geram betul. Dah memang sah-sah itu air teh ais, memang la rasa dia macam tu. Meh sini aku nak cekik kau. Geram betul.”
Nabila terus memegang leher Munirah yang dibaluti tudung dan membuat gaya mencekik ganas dan Munirah dengan wajah yang masih tidak berperasaan. Tapi sebenarnya tak sakit pun. Mana boleh buat kuat-kuat mati anak orang karang. Kena saman baru tahu. Izzue hanya melihat dengan senyuman simpulnya. Dua orang rakan yang sangat karib, jika salah seorang kesusahan mesti ada yang membantu dan pastinya sama-sama berkongsi rahsia di antara mereka.
My type of personality.


YOUR POSSIBLE PERSONALITY TYPES:

ENFJ, the Teacher

ENFJ: The Teacher

ENFJ IN A NUTSHELL

ENFJs are idealist organizers, driven to implement their vision of what is best for humanity. They often act as catalysts for human growth because of their ability to see potential in other people and their charisma in persuading others to their ideas(quite true). They are focused on values and vision, and are passionate about the possibilities for people.
ENFJs are typically energetic and driven, and often have a lot on their plates. They are tuned into the needs of others and acutely aware of human suffering; however, they also tend to be optimistic and forward-thinking, intuitively seeing opportunity for improvement. The ENFJ is ambitious, but their ambition is not self-serving: rather, they feel personally responsible for making the world a better place.
ESFJ, the Provider

ESFJ: The Provider

ESFJ IN A NUTSHELL

ESFJs are conscientious helpers, sensitive to the needs of others and energetically dedicated to their responsibilities. They are highly attuned to their emotional environment and attentive to both the feelings of others and the perception others have of them. ESFJs like a sense of harmony and cooperation around them, and are eager to please and provide.
ESFJs value loyalty and tradition, and usually make their family and friends their top priority. They are generous with their time, effort, and emotions. They often take on the concerns of others as if they were their own, and will attempt to put their significant organizational talents to use to bring order to other people's lives.

INFJ, the Counselor

INFJ: The Counselor

INFJ IN A NUTSHELL

INFJs are creative nurturers with a strong sense of personal integrity and a drive to help others realize their potential. Creative and dedicated, they have a talent for helping others with original solutions to their personal challenges.
The Counselor has a unique ability to intuit others' emotions and motivations, and will often know how someone else is feeling before that person knows it himself. They trust their insights about others and have strong faith in their ability to read people. Although they are sensitive, they are also reserved; the INFJ is a private sort, and is selective about sharing intimate thoughts between trusted friend.
ISFJ, the Protector

ISFJ: The Protector

ISFJ IN A NUTSHELL

ISFJs are industrious caretakers, loyal to traditions and organizations. They are practical, compassionate, and caring, and are motivated to provide for others and protect them from the perils of life.
ISFJs are conventional and grounded, and enjoy contributing to established structures of society. They are steady and committed workers with a deep sense of responsibility to others. They focus on fulfilling their duties, particularly when they are taking care of the needs of other people. They want others to know that they are reliable and can be trusted to do what is expected of them. They are conscientious and methodical, and persist until the job is done.

Writers summary.....
What I am thinking is I love being a emotionless person but I'm actually a sensitive person. I like to keep it myself and solve my problem alone instead of asking for help. I just keep it to.my heart. But the worst thing is I will remember the embarrassment or humiliation forever. Even if I keeping my straight face, actually I did feel something.