Thursday, December 15, 2016

Fisioterapi ini apa sebenarnya???๐Ÿ˜•
Tukang urut ke??๐Ÿ˜ต

Fisioterapi ini sebenarnya satu kaedah rawatan yang tidak menggunakan sebarang dadah ataupun pembedahan. Rawatan diberikan kepada yang cedera, sakit atau kekurangan upaya melalui pergerakan dan exercise, pendidikan dan nasihat.

Dalam fisioterapi, terdapat bidang-bidang yang boleh diambil. Bidang-bidang tersebut ialah:


  1. Musculoskeletal physiotherapy
  2. Cardio-thoracic physiotherapy
  3. Neurological physiotherapy
  4. Physiotherapy in Sports
  5. Physiotherapy in Fitness and Postural Care
  6. Physiotherapy in Obstetrics and Gynecology
  7. Physiotherapy in Rehabilitation
  8. Physiotherapy in Pediatrics

untuk lebih maklumat... kalian boleh melawat laman web dibawah







๐Ÿ‘† gambar-gambar diatas menunjukkan cara rawatan diberikan kepada pesakit.


mungkin setakat ini sahaja. kalau ada apa-apa pertanyaan sila komen dibawah.๐Ÿ’๐Ÿ’
Subjects in Physiotherapy๐Ÿ˜„

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca. Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi dengan kalian semua tentang subjek yang wajib ambil untuk menjadi seorang fisioterapi. Sebelum saya ambil kos fisioterapi ini, saya pun tertanya-tanya subjek apa yang akan diajar selama empat tahun saya disini. Oleh sebab itu, saya akan beritahu kepada kalian supaya kalian boleh bersedia sebelum mengambil kos ini. Harap ini boleh membantu kalian.

Semester 1
1.      Co-Curriculum
2.      English
3.      Islamic & Asian Civilization
4.      Health Psychology
5.      Anatomy & Physiology 1
6.      Management & Professional Issue in Physiotherapy
7.      Physiotherapeutic Exercise 1
8.      Kinesiology 1

Semester 2
1.      Co-Curriculum
2.      English
3.      Sejarah Malaysia
4.      Anatomy & Physiology 2
5.      Kinesiology 2
6.      Electrophysical Modalities
7.      Physiotherapeutic Exercise 2
8.      Clinical condition

Semester 3
1.      Co-Curriculum
2.      Introductory Mandarin
3.      English
4.       Physiotherapeutic Exercise 3
5.       Physiotherapy in Cardiorespiratory
6.       Musculoskeletal Disorders
7.       Physiotherapy in Musculoskeletal Practice
Semester 4
1.       Introductory Mandarin 2
2.       Ergonomics/ Community based Rehabilitation
3.       Physiotherapy in Neurology 1
4.       Evidence-Based Practice
5.       Neuroscience
6.       Physiotherapy in Critical Care
7.       Clinical Placement 1 ( Hospital Practical)
Semester 5
1.       Introductory Mandarin 3
2.       Research Methodology
3.       Physiotherapy in Spinal Practice
4.       Physiotherapy in Neurology 2
5.       Clinical Placement 2 ( Hospital Practical)
Semester 6
1.       Physiotherapy in Paediatrics
2.       Exercise Physiology
3.       Pharmacology in Rehabilitation
4.       Principles of Nutrition/ Food Science
5.       Clinical Placement 3 ( Hospital Practical)
Semester 7
1.       Technology Entrepreneurship
2.       Biostatistics
3.       Physiotherapy in Gerontology
4.       Physiotherapy in Women’s Health
5.       Physiotherapy in Sports
Semester 8
1.       Project
2.       Clinical Placement 4 ( Hospital Practical)
3.       Clinical Placement 5 ( Hospital Practical)๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Friday, October 28, 2016

Physiotherapist in the making..


Assalamualaikum dan salam sejahtera...akhirnya saya kembali semula.. setelah sekian lama menghilangkan diri. Jangan keliru ya.. tajuk kali ini tidak berkaitan langsung dengan pengambaran filem atau drama. Kali ini saya nak berikan sedikit informasi kepada adik-adik dan akak-akak serta abang-abang yang berminat untuk menyambung study dalam bidang sains kesihatan. Tapi... pakcik dan makcik yang anak-anak masih keliru
nak sambung study apa.. boleh la ushar-ushar sikit.. Hahaha.. okay saya melawak..jangan ambik hati

Saya sekarang ini ialah pelajar ijazah sarjana muda fisioterapi di Uitm Puncak Alam... untuk pengetahuan anda semua...kalau nak sambung fisioterapi... anda akan bertapak di Uitm Puncak Alam ini atau nama glamor sikit Uitm Palam. Nak sambung study dalam fisioterapi ni.. tempoh pelajaran tak la lama sangat.. diploma 3 tahun( biasa je) dan ijazah 4 tahun (hehe..tak lama kan). Saya pelajar semester pertama untuk program ijazah..

Okay.. Fisioterapi merupakan satu daripada lapan kos yang ada di Uitm Palam ni dibawah fakulti Sains kesihatan... kos-kos lain yang ada disini ialah pengimejan perubatan, teknologi makmal perubatan, dietitik, pemulihan cara kerja, kejururawatan,optometrik,dan kesihatan alam sekitar.

Di Malaysia sekarang, Pakar Fisioterapi sangat-sangat diperlukan kerana tenaga profesional masih kurang. Tapi..skop kerja sangat memenatkan sikit kerana fisioterapi perlu melakukan exercise dan mengendalikan pesakit yang tidak kira umur,bangsa dan saiz badan. Tetapi, korang jangan risau... kalau korang tak mampu untuk handle pesakit tersebut seperti mengangkat pesakit.. korang boleh dapatkan pertolongan. jangan handle pesakit seorang diri kalau korang tak mampu. Kalau korang teruskan juga.. kemungkinan besar korang akan tercedera seperti dapat sakit belakang.

Kalau korang berminat untuk sambung pelajaran dalam bidang fisioterapi, selalunya UKM, UiTM dan Mahsa College merupakan universiti yang top di Malaysia dalam bidang fisioterapi. Uitm juga telah mendapat pengiktirafan daripada World Confederation for Physical Theraphy (http://www.wcpt.org/congress) dan New Zealand Physiotheraphy berkat usaha daripada pensyarah-pensyarah fisioterapi. Dengan pengiktirafan di atas, graduan-graduan fisioterapi layak untuk berkerj di luar negara sebagai fisioterapi. Jadi jangan risau tentang peluang kerja.. dan jangan kecilkan skop peluang kerja korang.. tak semestinya bila korang graduate dalam bidang ini korang akan kerja di hospital je.. korang boleh buat bisnes juga.. yang pentingnya belajar bukan untuk lulus tapi untuk mendapatkan skill tersebut. Kalau skill korang bagus, korang akan mudah dapat pelanggan. yang penting belajar sebaik mungkin. Sudah ramai yang berjaya under bidang fisioterapi ni.. don't worry yourself too much okay.. relax and have fun..enjoy your life..xoxo -moon